Kelas Advokasi (Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa)

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 9 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa iaitu tentang Takrifan Ketagihan Internet, jenis ketagihan, kesan klinikal & neurologikal dan cara mengatasinya. Manakala Peranan Ibu Bapa pula bagai mana melahirkan warga digital yang hebat.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Hal ini kerana perkongsian Advokasi ini merupakan suatu yang berulang bagi peserta. Walau bagaimana pun ia perlu diulang bagi memastikan peserta-peserta mengingatinya dalam kehidupan dunia siber era ini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka dalam kehidupan dunia siber.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali